Majlis Berbuka Puasa & Serahan Sumbangan Raya
Pada hari Jumaat bertarikh 14 Mac 2025 bersamaan 13 Ramadan 1446H telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Pemberian Sumbangan Raya tahun 2025 kepada kakitangan yang layak. Majlis telah diadakan di Tingkat 2, Surau As-Sakinah, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Jalan Melaka, Kuala Lumpur.
Majlis telah dihadiri oleh lebih dari 50 orang kakitangan KOPUTRA dan KPC Property Care Sdn Bhd selain dari Anggota Lembaga KOPUTRA (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman. Majlis ini dapat mengeratkan hubungan kakitangan dan juga ALK. Semoga pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima sumbangan dalam membuat persiapan menjelang Syawal yang akan disambut tidak berapa lama lagi.
Sebelum majlis berbuka puasa, tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Nur Firdaus, Imam Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.