top of page

Jamuan Raya Potluck KOPUTRA & KPC Property Care 2026

​​

Wisma KOPUTRA 1 - Pada 9 April 2026, Jabatan MIPTD telah mengadakan Jamuan Raya Potluck KOPUTRA & KPC Property Care 2026 yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh kemesraan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Abdul Halim, diikuti dengan ucapan aluan oleh CEO KOPUTRA, En. Amran Bin Mat Sharif yang menyampaikan penghargaan kepada semua kakitangan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sambutan hari lahir kakitangan KOPUTRA & KPC bagi mereka yang dilahirkan pada bulan Januari, Februari, Mac dan April.

Selepas itu, semua kakitangan dijemput untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah potluck yang dibawa oleh setiap jabatan.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan, Jabatan MIPTD turut menyediakan beberapa aktiviti santai untuk kakitangan.

Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut membantu mengeratkan silaturahim serta semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page