top of page

PROGRAM CSR KOPUTRA DI SMK DATO' SHAHARDIN, LABU, NEGERI SEMBILAN

​​

SMK DATO’ SHAHARDIN, LABU - 23 Mei 2026, Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) dan KPC Property Care Sdn Bhd telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertempat dengan kerjasama ANGKASA Negeri Sembilan dan Kelab Nur BMMB.

Program ini dimulakan dengan sesi ucapan daripada Puan Azila (Pengetua), Puan Hajah Noorizan (Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan) , Puan Syafiqah (wakil Kelab Nur BMMB) serta Tuan Haji Zaharuddin (Pengerusi KOPUTRA) sebelum diteruskan dengan gimik pelancaran program dan serahan sumbangan barangan yang telah diinfaqkan oleh organisasi dan individu sebagai simbolik perasmian.

Pelaksanaan program ini telah berjaya memupuk semangat kesukarelawanan, kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan peserta di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara KOPUTRA, pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memberikan manfaat berterusan kepada komuniti dan masyarakat setempat.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page