top of page

LAWATAN PENANDA ARAS KOPERASI KARIAH SURAU AL-FALAH TAMAN KELADAN TEMERLOH PAHANG (KOFALAH BERHAD) KE KOPUTRA

​​

Wisma KOPUTRA 2, 8 Jun 2026 – Koperasi Kariah Surau Al-Falah Taman Keladan Temerloh Pahang (KOFALAH Berhad) telah mengadakan satu delegasi penanda aras ke Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) bertempat di Wisma 2, KOPUTRA.

Delegasi ini telah diketuai oleh Pengerusi KOFALAH, Haji Sahalan Bin Abd. Aziz dan disertai oleh seramai 10 orang peserta dari pihak KOFALAH yang terdiri daripada Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dan anggota. Lawatan ini turut disambut oleh pihak KOPUTRA yang diketuai oleh Haji Saifulzaman bin Ahmad, Bendahari KOPUTRA.

Tujuan utama lawatan ini adalah sebagai sesi penanda aras bagi KOFALAH dalam usaha menimba ilmu serta berkongsi pengalaman berkaitan tadbir urus dan pengurusan koperasi yang lebih efisien. Program ini juga dilihat sebagai platform penting untuk memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan kecekapan pengurusan koperasi selaras dengan keperluan semasa.

Selain itu, lawatan ini turut menjadi satu motivasi kepada KOFALAH dalam merancang penambahbaikan pengurusan koperasi pada masa akan datang melalui perkongsian amalan terbaik yang dilaksanakan oleh KOPUTRA. Pihak KOPUTRA amat mengalu-alukan kunjungan ini dan berharap hubungan kerjasama serta jaringan strategik antara kedua-dua koperasi dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page