top of page

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KOPUTRA KALI KE-40

​​

Seri Kembangan, 11 Julai 2026 – Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-40 bertempat di Mines Beach Resort, Seri Kembangan, Selangor. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat dan komitmen bagi memperkukuh agenda pembangunan koperasi.

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Pengerusi KOPUTRA, Tuan Haji Zaharuddin bin Alias, yang menzahirkan penghargaan kepada semua perwakilan atas sokongan dan komitmen berterusan terhadap koperasi. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama serta iltizam bersama dalam memastikan KOPUTRA terus berkembang sebagai sebuah koperasi yang mampan dan berdaya saing.

Mesyuarat seterusnya telah dirasmikan oleh Puan Norhayati binti Nayan, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SKM iaitu Puan Noor Afifah Binti Abdul Razak. Dalam ucapan perasmiannya, beliau memuji pencapaian KOPUTRA sepanjang empat dekad penubuhannya serta menggalakkan koperasi untuk terus memperkukuh tadbir urus dan inovasi perniagaan demi manfaat anggota. Majlis diserikan lagi dengan gimik perasmian serta pelancaran Goldbar Jubli Delima bersempena 40 Tahun KOPUTRA.

MAPT KOPUTRA Kali Ke-40 ini telah dihadiri oleh seramai 64 orang perwakilan yang mewakili enam (6) zon KOPUTRA iaitu Zon Tengah, Wilayah, Selatan, Utara, Timur dan Malaysia Timur. Kehadiran para perwakilan mencerminkan komitmen tinggi anggota dalam menentukan hala tuju dan memperkukuh pembangunan koperasi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, penganjuran MAPT KOPUTRA Kali Ke-40 bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya, malah menjadi platform penting untuk membincangkan pencapaian, perancangan strategik serta usaha memperkukuh kedudukan KOPUTRA sebagai sebuah koperasi yang progresif dan memberi manfaat kepada seluruh anggotanya.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page