top of page

LAWATAN ALK DAN PERWAKILAN KOPUTRA KE MAAHAD AL-QURAN DAN KEMAHIRAN KOPUTRA SERTA AR-RAHNU KOPUTRA CAWANGAN SENAWANG

​​

Kuala Klawang, 12 Julai 2026 – Anggota Lembaga KOPUTRA (ALK) bersama para perwakilan KOPUTRA telah mengadakan lawatan ke Maahad Al-Quran dan Kemahiran KOPUTRA serta Ar-Rahnu KOPUTRA Cawangan Senawang.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas sebelum rombongan dibawa meninjau kemudahan serta pembangunan maahad.

Lawatan ini memberi peluang kepada para perwakilan untuk melihat sendiri perkembangan projek strategik KOPUTRA serta meningkatkan kefahaman mengenai usaha koperasi dalam membangunkan institusi pendidikan berteraskan al-Quran dan kemahiran.

Selesai lawatan di maahad, rombongan meneruskan perjalanan ke Ar-Rahnu Cawangan Senawang KOPUTRA bagi meninjau operasi cawangan serta mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai perkhidmatan Ar-Rahnu yang disediakan kepada anggota dan masyarakat.

Program lawatan ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman para perwakilan terhadap pembangunan dan hala tuju KOPUTRA, sekali gus memperkukuhkan sokongan terhadap inisiatif serta perancangan strategik koperasi.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page