top of page

MESYUARAT PEMBENTANGAN HALF YEARLY REVIEW & CATCH UP PLAN 2026 KOPUTRA

​​

Wisma KOPUTRA 1, 18–19 Julai 2026 - Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah mengadakan Mesyuarat Pembentangan Half Yearly Review & Catch Up Plan 2026 pada 18 dan 19 Julai 2026 bertempat di Wisma KOPUTRA 1.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KOPUTRA, Tuan Haji Zaharuddin bin Alias serta dihadiri oleh barisan Anggota Lembaga KOPUTRA (ALK), dua (2) wakil Jabatan Audit Dalaman (JAD), barisan pengurusan tertinggi dan ketua-ketua jabatan.

Sepanjang dua hari mesyuarat berlangsung, setiap jabatan telah membentangkan prestasi dan pencapaian masing-masing bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2026. Pembentangan ini turut menilai kemajuan pelaksanaan pelan tindakan serta pencapaian sasaran yang telah dirancang bagi memastikan hala tuju perniagaan KOPUTRA terus berada di landasan yang tepat.

Pelbagai pandangan, teguran membina dan cadangan penambahbaikan telah dikemukakan oleh barisan ALK bagi memperkukuhkan lagi prestasi organisasi. Perbincangan yang berlangsung secara terbuka dan konstruktif ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam memastikan setiap strategi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Sehubungan itu, barisan ALK berharap agar setiap jabatan bersama seluruh warga kerja KOPUTRA dapat meneliti segala maklum balas yang telah diberikan, memperkukuhkan kerjasama, serta mengadaptasi strategi kerja yang lebih proaktif, inovatif dan berimpak tinggi demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan menjelang penghujung tahun 2026.

Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan prestasi KOPUTRA serta memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah koperasi yang mampan, berdaya saing dan terus memberikan nilai kepada seluruh anggotanya.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page