top of page

MAJLIS PENGHARGAAN URUSETIA MAPT KOPUTRA KALI KE-40

​​

Putrajaya, 18 Julai 2026 – Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah menganjurkan Majlis Penghargaan Urusetia Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KOPUTRA Kali Ke-40 yang berlangsung di Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah bertungkus-lumus menjayakan penganjuran MAPT Ke-40.

​

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Anggota Lembaga KOPUTRA (ALK), Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), barisan Pengurusan Kanan serta Urusetia MAPT KOPUTRA Kali Ke-40 dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

​

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Haji Zaharuddin bin Alias, Pengerusi KOPUTRA yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta pengorbanan masa dan tenaga sepanjang proses perancangan dan pelaksanaan MAPT KOPUTRA Kali Ke-40 sehingga berjaya dilaksanakan dengan lancar.

​

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi makan malam yang menjadi medan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ALK, JAD, Pengurusan Kanan dan urusetia dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

​

Penganjuran majlis penghargaan ini mencerminkan komitmen KOPUTRA dalam menghargai sumbangan setiap individu yang memainkan peranan penting di sebalik kejayaan penganjuran MAPT KOPUTRA Kali Ke-40, sekali gus menyemarakkan semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page