top of page
PROGRAM CSR MASJID AL-IMAN DESA PUTRA, SUNGAI MERAB, KAJANG
7 Februari 2026 - Program CSR KOPUTRA telah dirasmikan oleh Pengerusi KOPUTRA, Tn. Hj. Zaharuddin bin Alias bersama Pengerusi Masjid Al-Iman Desa Putra, Tuan Mohd Noor bin Ikhwan.
Seramai 20 kakitangan KOPUTRA dan 15 kakitangan KPC terlibat dalam aktiviti pembersihan perkarangan serta ruang dalam masjid, termasuk penyelenggaraan aliran air dan pembersihan karpet sebagai persediaan Ramadan.
Program diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada pihak masjid dan dua pusat tahfiz berdekatan sebagai tanda komitmen KOPUTRA terhadap kebajikan komuniti.
bottom of page





