Majlis Perpisahan Bekas Anggota Lembaga KOPUTRA (ALK) dan Kakitangan serta Majlis Penghargaan kepada Urusetia Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) ke-39
Pada 27 September 2025 (Sabtu), KOPUTRA telah mengadakan Majlis Perpisahan Bekas Anggota Lembaga KOPUTRA (ALK) dan Kakitangan serta Majlis Penghargaan kepada Urusetia Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) ke-39 bertempat di Indus Café, Marina Putrajaya.
Majlis yang berlangsung pada jam 8.00 malam ini dimulakan dengan ucapan Pengerusi KOPUTRA, diikuti dengan ucapan daripada wakil yang diraikan, serta penyerahan plak dan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan jasa bakti mereka.
KOPUTRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menabur khidmat bakti, khususnya barisan ALK, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), kakitangan serta semua yang terlibat menjayakan MAPT ke-39.
Semoga segala sumbangan menjadi inspirasi buat warga KOPUTRA untuk terus cemerlang. Terima kasih atas segala jasa dan dedikasi.
.



