top of page

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KOPUTRA dan APP GENIUS

26 Julai 2025, Hotel Bespoke, Puchong

 

Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung dengan jayanya antara KOPUTRA dan APP GENIUS pada 26 Julai 2025 bertempat di Hotel Bespoke Puchong.

Majlis ini menandakan permulaan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam bidang Peniagaan Emas berkonsepkan E-Digital. MoU ini bertujuan untuk merintis peluang baharu, berkongsi kepakaran serta memperkukuh hubungan dua hala bagi manfaat bersama dalam perniagaan Emas di Malaysia

Majlis disempurnakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dato' Jeff Kua Founder App Genius dan Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias diikuti dengan sesi menandatangani MoU mewakili kedua-dua organisasi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En.Abdul Shukor Director KL Assay Office Sdn Bhd

Dengan termeterainya MoU ini, kedua-dua pihak diharapkan dapat membawa impak positif dalam jangka panjang dan bagi pihak KOPUTRA, penjualan Goldbar dapat dilakukan melalui atas talian Aplikasi Telefon Pintar dapat memudahkan urusan pembelian yang mana sebelum ini pembelian Fizikal Goldbar KOPUTRA hanya melalui Kaunter Ar-Rahnu KOPUTRA sahaja.

Pembelian melalui atas talian ini juga membuka ruang kepada KOPUTRA untuk menjual Goldbar KOPUTRA di seluruh Malaysia dengan pelanggan boleh memilih saluran penghantaran yang disediakan di dalam aplikasi App Genius yang di bina oleh APP Genius (M) Sdn Bhd.

 

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page