PROGRAM IBADAH QURBAN KOPUTRA 2026 DI SUNGAI BULOH
SUNGAI BULOH – 29 Mei 2026, Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah melaksanakan Program Ibadah Korban bertempat di Tapak Sembelihan Sungai Buloh dengan penyertaan warga kerja serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial dan kebajikan KOPUTRA dalam menyantuni masyarakat serta menghayati semangat pengorbanan dan kebersamaan sempena sambutan Aidiladha. Program dimulakan dengan pelaksanaan ibadah korban melibatkan sebanyak tiga (3) ekor lembu sebelum diteruskan dengan proses melapah dan pengagihan daging korban kepada para penerima.
Pelaksanaan program ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat serta semangat gotong-royong yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Selain menyemarakkan ibadah korban, program ini turut menjadi medium dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk nilai kebersamaan antara warga KOPUTRA dan komuniti setempat.
Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat serta memperkukuhkan semangat ukhuwah dan kebajikan.




