top of page

Lawatan pelajar SRK TS ke kem Tentera Sungai Besi

Program Team Building KOPUTRA dan KPC telah dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif pembangunan sumber manusia bertujuan memperkukuh semangat berpasukan, mempertingkat komunikasi dalaman serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara staf di bawah Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) dan KPC Property Care Sdn. Bhd.

Program ini merupakan kesinambungan kepada usaha pihak pengurusan dalam memastikan setiap warga kerja memahami nilai kolaborasi dan kepercayaan dalam mencapai matlamat organisasi secara bersama.

Program ini telah dilaksanakan pada 18 & 19 Oktober 2025 bertempat di Amverton Heritage Resort, Melaka. Seramai 86 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada kakitangan KOPUTRA, KPC dan Anggota Lembaga KOPUTRA. Acara penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zaharuddin bin Alias, Pengerusi KOPUTRA.

Secara keseluruhan, Program Team Building KOPUTRA & KPC 2025 dengan tema 'KIZUNA – Building Bond Together' telah mencapai objektif yang ditetapkan. Ia bukan sahaja berjaya memperkukuh hubungan antara staf kedua-dua entiti, malah memperkukuh budaya kerja berpasukan dan kepercayaan yang menjadi asas kejayaan organisasi.

 

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala sebagai platform membina kekuatan pasukan, memperkukuh nilai korporat dan meningkatkan produktiviti keseluruhan organisasi.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page