top of page

LAWATAN TAPAK PERNIAGAAN
RNR BERANANG
(ARAH UTARA DAN SELATAN) LEBUHRAYA LEKAS 

10.2.2024 Sabtu, Dato Hj Mohd Alias Hamzah menyantuni jemputan Koperasi KOPUTRA yang  baharu bertukar keahlian  ANGKASAnya daripada Wilayah Persekutuan ke Negeri Selangor kerana banyak premis perniagaannya berada di negeri Selangor, meninjau 42 premis perniagaan pelbagai jenis makanan,minuman dan perkhidmatan yang berkaitan di hentian RnR Beranang arah utara dan selatan.

KOPUTRA mendapat hak eksklusif pengoperasian penuh RnR Beranang arah utara dan selatan selama 15 tahun daripada pihak IJM Corporation Bhd yang mengendalikan lebuhraya LEKAS.

Dalam ucapan aluannya Tn Hj Zaharudin Alias, Pengerusi KOPUTRA menyatakan inilah pertama kali nya pihak koperasi diberikan hak pengoperasian penuh 42 lot-lot perniagaan termasuk pembersihan kawasan,surau ,perkhidmatan hentian rehat dan rawat di Hentian RnR Beranang.Beliau menawarkan keutamaan kepada koperasi-koperasi di negeri Selangor,Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan untuk menyewa dan mengoperasikan lot-lot perniagaan tersebut.Selain itu program-program untuk menarik lebih ramai pengguna lebuhraya LEKAS untuk berhenti di RnR Beranang akan turut diadakan seperti Karnival Kayuhan Basikal, Larian amal,Karnival Buah-buahan dan lain-lain program kemasyarakatan lagi.

Turut hadir dalam program ini adalah En Mohd Izwan Timb Pengarah SKM Selangor,En Asri Setiausaha JPAN WP mewakili Pengerusi ANGKASA WP, Pn Hariyanti Regional Deposit Manager Bank Muamalat dan ALK KOPUTRA.

Dalam ucapannya Dato Hj Mohd Alias Hamzah Pengerusi ANGKASA Selangor menyatakan akan memberi sepenuhnya sokongan kepada perkembangan perniagaan lot-lot kedai daripada pihak koperasi di negeri Selangor serta perkembangan RnR itu sendiri yang akan memberikan perkhidmatan Rehat dan Rawat kepada pengunjung yang berhenti disini.

Pihak SKM Selangor dan ANGKASA Wilayah Persekutuan juga akan turut sama menjayakan aspirasi perniagaan koperasi ini.

Semoga pihak Koperasi akan sentiasa berkembang daripada segi perniagaan terutamanya dalam sektor pengoperasian Hentian Rehat dan Rawat.

LAWATAN TAPAK PERNIAGAAN RNR BERANANG
(ARAH UTARA DAN SELATAN)
LEBUHRAYA LEKAS 

bottom of page