MAJLIS APRESIASI GERAKAN KOPERASI NEGERI SEMBILAN 2024
Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Berhad (KOPUTRA) telah menghadiri ke MAJLIS APRESIASI GERAKAN KOPERASI NEGERI SEMBILAN 2024 bertempat di Klana Resort, Seremban Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh ANGKASA Negeri Sembilan. Majlis ini dihadiri sendiri oleh yang berhormat Haji Zaharuddin Bin Alias, Pengerusi KOPUTRA dan juga diiringi oleh En Jasni Bin Ahmad Timbalan Pengerusi KOPUTRA. Ia turut juga dihadiri oleh ketua jabatan sokongan bagi meriahkan majlis tersebut sebagai wakil KOPUTRA.
Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di Negeri Sembilan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam menyokong dan memajukan gerakan koperasi. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara koperasi dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha memajukan ekonomi negeri melalui model koperasi.


