KEJOHANAN BOWLING KOPERASI 2018
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
Kejohanan Bowling Koperasi 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 28 November 2018. Bermula pada jam 10.00 pagi yang diadakan di IOI City Mall Putrajaya. Program anjuran bersama oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan bersama KOPUTRA disertai oleh koperasi seluruh Wilayah Persekutuan. Tujuan dan matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua koperasi peringkat Wilayah Persekutuan di samping salah satu aktiviti sihat yang dicadang untuk dijadikan sebagai aktiviti tahunan.
Secara keseluruhan matlamat program ini telah tercapai dan secara tidak langsung ia berjaya mencungkil bakat bermain bowling di kalangan peserta. Pemenang bagi Kejohanan Bowling Koperasi 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan bagi kategori berkumpulan dimenangi oleh kumpulan FRIM A yang membawa pulang RM1,600 berserta medal. Manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan FRIM B yang membawa pulang RM1,200 berserta medal. Seterusnya kumpulan KOPERASI ATM memenangi tempat ketiga dengan menerima RM 700 berserta medal.
Bagi kategori individu lelaki pemenang ialah En. Muhammad Shah Iqbal dari Koperasi FRIM dengan menjatuhkan 1000 pin. Pemenang membawa pulang wang tunai RM 250 berserta plak. Manakala bagi kategori individu wanita pemenang ialah Cik Illi Aiman Binti Rosly dari Koperasi FRIM dengan menjatuhkan 1000 pin. Pemenang membawa pulang wang tunai RM 250 dan beserta plak.
Rata-rata semua peserta berpuas hati, seronok serta dapat menghilangkan sedikit tekanan dengan menyertai aktiviti sukan seperti ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta-peserta yang menjayakan program ini.