PROGRAM IBADAH KORBAN KOPUTRA 2019
Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha masih dirasai seluruh Negara dengan pengisian ibadah qurban terutamanya. Mengambil keberkatan serta pada masa meraikan dan menginsafi pengertian sebenar di sebalik ibadah korban, KOPUTRA menganjurkan Program Ibadah Korban dan Akikah 1440H pada 11 Ogos 2019.
Sebanyak 9 ekor lembu korban dan 2 ekor kambing untuk disembelih dalam majlis yang bermula kira-kira jam 8.00 pagi selama 2 hari berturut-turut. Wakil KOPUTRA mengambil tanggungjawab menyembelih lembu-lembu ini dan diikuti dengan aktiviti gotong-royong melapah dan memotong daging seterusnya agihan kepada kampung-kampung dan Maahad Tahfiz di sana.
Program yang diadakan di selatan Thailand ini terdiri daripada Anggota Lembaga KOPUTRA, kakitangan KOPUTRA, pserta korban, dan disertai oleh penduduk setempat. Kesemua peserta terdiri daripada anggota KOPUTRA dan orang awam. Pelaksanaan majlis kali ini lebih menarik, tersusun dengan dibantu kerjasama erat semua petugas yang terlibat. Daging qurban ini diedarkan kepada penduduk setempat.
SUNGAI BULUH, 13 Ogos 2019 – Seramai 12 kakitangan KOPUTRA terlibat dan disertai oleh Bendahari KOPUTRA, Hj. Saifulzaman Bin Ahmad dalam menjayakan ibadah qurban yang dilakukan di Amaanaah Enterprise Farm, Sungai Buloh. Sebanyak 2 ekor lembu korban untuk disembelih dalam majlis yang bermula kira-kira jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.
Agihan daging korban diserahkan kepada petugas serta semua kakitangan KOPUTRA dan KPC Property Care Sdn. Bhd. yang bertugas. Semoga majlis ini dapat dijayakan lagi pada masa akan datang.