top of page

Lawatan Bekas CEO Bank Muamalat ke KOPUTRA

Lawatan Bekas CEO Bank Muamalat ke KOPUTRA

 

6 April 2021.

Dato' Hj Abdul Manap, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat menerima pelawaan Pengerusi KOPUTRA melawat Wisma Koputra. Peluang pertemuan membolehkan Tn Hj Zaharuddin Alias memberikan taklimat perkembangan perniagaan KOPUTRA setelah 35 tahun ditubuhkan.

 

Mengkagumi kejayaan prestasi kewangan dan penglibatan KOPUTRA dalam pelbagai bidang perniagaan, Dato' Manap bersetuju utk mengadakan kerjasama perniagaan yang boleh memberikan situasi menang menang. Sebagai seorang pakar motivasi dan usahawan yang berjaya, Dato' Abdul Manap telah mengambil peluang berkongsi ilmu dan pengalaman perniagaan kepada Ketua Pegawai Operasi Perniagaan dan Ketua2 Jabatan yang hadir.

 

Beliau yakin kepimpinan dan pengurusan KOPUTRA yang ada dapat membawa kejayaan yang cemerlang selaras dengan Pelan Strategik Perniagaan (FORWARD23) KOPUTRA.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page