top of page

Mesyuarat Agung Kawasan Timur
9 Mac 2019
Swiss Garden Beach Resort, Kuantan, Pahang

KOPUTRA mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Zon Timur yang disempurnakan oleh Pengarah SKM Negeri Pahang, YBrs Hj Ibrahim Bin Kasah bertempat di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan, Pahang pada 9 Mac 2019. Terlebih dahulu ucapan aluan dimulakan oleh Pengerusi KOPUTRA, Hj. Zaharuddin Bin Alias.

Majlis diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pengarah SKM Negeri Pahang, YBrs Hj Ibrahim Bin Kasah. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan koperasi telah diiktiraf sebagai penggerak dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kini telah dikenali sebagai satu sektor baru selepas sektor awam dan sektor swasta. Justeru itu sebagai sebuah sektor yang telah dapat menyaingi kedua-dua sektor tradisi negara maka gerakan koperasi perlu memperkemaskan rangka strategi pelaksanaan aktivitinya supaya dapat memainkan peranan di dalam memakmurkan ekonomi negara. 

Majlis kemudiannya diikuti dengan Penyerahan Anugerah Pelajar Cemerlang kategori PT3 diberikan kepada Siti Nur Adlina binti Musa dan Nur Syazana Binti Mohd Zaidi, bagi kategori Ijazah Sarjana Muda diberikan kepada Siti Nur Anisah Binti Musa. Kemudian majlis diteruskan dengan Penyerahan Anugerah Pencarum Tertinggi diberikan kepada En. Wan Omar bin Wan Jaafar bekerja di Bank Muamalat Malaysia Berhad, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. 

bottom of page