top of page

Mesyuarat Agung Kawasan Utara
30 Mac 2019
SSL Traders, Taiping, Perak

KOPUTRA mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Zon Utara yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak , YBhg Haji Mohd Rosli Bin Haji Basri bertempat di SSL Traders Hotel, Taiping, Perak pada 30 Mac 2019. Terlebih dahulu ucapan aluan dimulakan oleh Pengerusi KOPUTRA, Hj. Zaharuddin Bin Alias.

 

Majlis diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak, YBhg Haji Mohd Rosli Bin Haji Basri.. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan perkembangan memberangsangkan KOPUTRA sebenarnya merupakan impak positif kepada imej gerakan koperasi masa kini. Gambaran yang baik ini adalah merupakan hasil usaha semua sebagai tenaga penggerak koperasi. Sekarang perlu memikirkan bagaimana menggerak dan menggembeling sumber dana yang besar supaya dapat menjana pendapatan dan perkembangan koperasi secara keseluruhannya. 

Majlis kemudiannya diikuti dengan Penyerahan Anugerah Pelajar Cemerlang kategori PT3 diberikan kepada Siti Nur Adlina binti Musa dan Nur Syazana Binti Mohd Zaidi, bagi kategori Ijazah Sarjana Muda diberikan kepada Siti Nur Anisah Binti Musa. Kemudian majlis diteruskan dengan Penyerahan Anugerah Pencarum Tertinggi diberikan kepada En. Wan Omar bin Wan Jaafar bekerja di Bank Muamalat Malaysia Berhad.

bottom of page