top of page

Mesyuarat Tahunan KPC Kali Ke-2

& Bacaan Yasin Dan Tahlil

Pada 15 Januari 2019 telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan KOPUTRA kali ke-2 bagi tahun 2019 di Wisma KOPUTRA jam 5 Petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Hj. Zaharuddin Bin Alias, Pengerusi KOPUTRA, dan disertai oleh Ahli Lembaga KOPUTRA, Pengarah serta kakitangan KPC Property Care Sdn. Bhd. Berikut adalah agenda sepanjang mesyuarat berlangsung :

  1. Ucapan oleh Pengerusi KOPUTRA

  2. Laporan Kewangan Beraudit syarikat sehingga 31 Disember 2018

  3. Lantikan semula Lembaga Pengarah Syarikat

  4. Kelulusan pembayaran pengarah syarikat

  5. Kelulusan pembayaran pengarah syarikat

  6. Perlantikan Juru Audit luar syarikat

  7. Cadangan dan pembentangan belanjawan syarikat

  8. Cadangan carta organisasi syarikat

  9. Hal-hal lain

Seterusnya selepas solat Magrib, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat sempena meraikan beberapa kejayaan KOPUTRA iaitu memperoleh indeks koperasi ke 28 terbaik, memperolehi keuntungan 4.3 juta bagi tahun 2018, memperolehi pengiktirafan ISO MS9001:2015 dan pembukaan perniagaan baru Ar Rahnu.

bottom of page