top of page

Majlis Perasmian Ar Rahnu KOPUTRA dan Pengiktirafan Sijil ISO 9001: 2015

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) hari ini merasmikan perniagaan terbaharu, Ar Rahnu KOPUTRA dan meraikan Pengiktirafan Sijil ISO 9001: 2015 di Wisma KOPUTRA, Seri Kembangan Selangor.

Ar Rahnu KOPUTRA yang ditubuhkan pada 1 November 2018 bermatlamat memberi perkhidmatan kepada anggota dan orang awam yang memerlukan khidmat gadaian yang selari dan sesuai dengan syariat islam. Tiga perkhidmatan yang disediakan adalah gadaian barang kemas dan emas, simpan emas dan mencuci emas.

Selain itu, KOPUTRA juga secara rasminya mengumumkan Sijil ISO 9001:2015 dan menjadi koperasi kedua di Malaysia menerima pengiktirafan tersebut selepas ANGKASA. Skop Pensijilan merujuk pada aspek Pengurusan Perkhidmatan Pembersihan, Pengurusan Fasiliti dan Lanskap yang di audit Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia Berhad (SIRIM) di mana ianya memenuhi piawaian ISO 9001:2015 pada kedua-dua peringkat dan disyor mendapat pensijilan pada 13 Disember 2018.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Puan Zuhaini Romli. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, YBhg. Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa, Ketua Bahagian Jualan dan Pembangunan Perniagaan SIRIM, Puan Siti Shapura Mashood dan Pengerusi KOPUTRA, Tuan Haji Zaharuddin Alias.

bottom of page