top of page

SEMINAR TAWARRUQ

Seminar Penerapan dan Pelaksanaan Konsep Tawarruq (Dalam Pajak Gadai Islam & Pembiayaan Kredit) merupakan program kerjasama antara KOPUTRA dan SKM Wilayah Persekutuan. Penganjuran seminar ini selari dengan arahan SKM yang akan menguatkuasakan pemakaian kontrak baru dalam pajak gadai Islam untuk semua koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan Ar-Rahnu.

 

Program yang dijalankan di Tamu Hotel & Suites KL pada 16 Julai 2020 ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Nordin Salleh, Pengerusi Eksekutif SKM dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah SKM, En. Tan Boon Khin dan Pengarah SKM WP, En. Amran Hj Abd Kadir. Sebanyak 20 koperasi dari sekitar Lembah Klang, Pahang, Kedah & Kelantan telah menghantar penyertaan dalam seminar yang berlangsung selama 8 jam ini. Seminar ini juga dipadatkan dengan lima slot oleh panel penceramah yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

 

Program yang sepatutnya dijadualkan pada 26 Mac ini terpaksa ditangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan kerana wabak Covid-19 yang mula melanda negara. Meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, seminar ini tetap dijayakan mengikut SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara demi membendung penularan wabak tersebut.  

SEMINAR.jpg
bottom of page