top of page

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke - 33

           KOPUTRA mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-33 yang dirasmikan  oleh  En Muhamad Radzuan Ab Rahman, Senior Vice President, Credit Management Division Bank Muamalat Malaysia Berhad di Hotel Tenera,  Bandar Baru Bangi, Selangor pada 27 April 2019. Terlebih dahulu ucapan aluan dimulakan oleh Pengerusi KOPUTRA, Hj. Zaharuddin Bin Alias.

​           Dalam ucapan aluan Pengerusi KOPUTRA,  beliau berjanji dengan adanya plan strategik yang berjaya iaitu Plan FORWARD 23 KOPUTRA, dapat memastikan agar KOPUTRA sentiasa diuruskan dengan lebih baik, termasuk membangunkan kepakaran sumber manusia, memupuk budaya kerja berprestasi tinggi dan membudayakan urus tadbir korporat yang lebih baik. Dengan adanya F23 ini juga dapat menetapkan tranformasi untuk perancangan bagi 5 tahun iaitu 2018 – 2023 bagi memastikan KOPUTRA berada dalam 30 koperasi terbaik di Malaysia.

​          Majlis diikuti dengan ucapan perasmi oleh  En. Muhamad Radzuan Ab Rahman, Senior Vice President, Credit Management Division Bank Muamalat Malaysia Berhad. Dalam ucapan beliau, beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada ALK, JAD, anggota dan juga pengurusan KOPUTRA kerana telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan mengadakan MAPT mengikut masa yang telah ditetapkan. Beliau juga menegaskan bahawa sebagai anggota koperasi , setiap anggota mempunyai tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakan secara lebih berkesan. Koperasi adalah milik anggota. Sikap tolong menolong, bekerjasama, semangat kekitaan dan sayangkan koperasi perlu ada di dalam diri setiap anggota.

           Majlis kemudiannya diikuti dengan Pelancaran Forward 23 KOPUTRA, iaitu pelan strategik KOPUTRA untuk masa hadapan. Kemudian perasmian Ihana Garten, Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang bakal didirikan di Tamarind Square, Cyberjaya. Majlis kemudiaannya diikuti dengan majlis kerjasama diantara KOPUTRA bersama dengan AWESOME ADVENTURES, iaitu syarikat agensi perlancongan,

           Majlis kemudiannya diikuti dengan Penyerahan Anugerah Tunas Putera Harapan dan Tunas Puteri Harapan. Kemudiannya Penyerahan Anugerah Putera Harapan dan Penyerahan Anugerah Puter Harapan  Mesyuarat kemudian diteruskan dengan agenda-agenda perbentangan KOPUTRA yang diketuai oleh Pengerusi dan barisan-barisan Ahli Lembaga bersama-sama dengan  perwakilan baru dari semua zon seluruh Malaysia yang baru dilantik. Majlis diakhiri dengan Ucapan Penangguhan dari Pengerusi KOPUTRA, Hj. Zaharuddin Bin Alias.

bottom of page