top of page
xtakafulikhlas-2-278x300.png.pagespeed.i

TAKAFUL KOPUTRA

Unit takaful KOPUTRA menyediakan pelan TAKAFUL IDAMAN berkelompok untuk setiap anggota KOPUTRA. Anggota akan dapat manfaat dari pakej yang telah disediakan. Terdapat juga elaun harian hospital dari RM17 sehari sehingga RM170 sehari.

OBJEKTIF

1.MENAWAR PERLINDUNGAN MAMPU MILIK

2.SUMBANGAN SERENDAH RM10.00 SEBULAN

3.SEKURANG-KURANGNYA SETIAP AHLI MEMPUNYAI 1 POLISI

4.MELINDUNGI GAYA HIDUP

PENGENALAN SKIM

  • IKHLAS IDAMAN adalah sebuah skim takaful berkelompok yang komprehensif.

  • Sumbangan yang jauh lebih rendah dari Polisi Takaful Individu.

  • Melindungi ahli-ahli anda apabila berlaku musibah seperti Kematian, Keilatan Kekal Menyeluruh dan lain-lain musibah.

  • Boleh juga disertai dengan manfaat tambahan yang lain.

  • Ada faedah  simpanan  dan perlindungan ahli anda.

  • Jumlah perlindungan boleh dikira mengikut keperluan ahli dan kesesuaian peruntukan majikan (fleksibel).

  • Skim ini juga boleh dilanjutkan untuk melindungi tanggungan (contoh pasangan dan anak-anak) ahli anda.

  • Penyertaan mengikut umur purata kelompok kumpulan dan sumbangan yang sama untuk semua peringkat umur.

  • Cara pembayaran melalui pemotongan gaji bulanan daripada majikan.

MANFAAT DAN SKOP PERLINDUNGAN 

  • Kematian Biasa dan Kemalangan

  • Keilatan Upaya Kekal Menyeluruh akibat Penyakit atau Kemalangan

  • Keilatan Separa Kekal akibat Kemalangan

  • Pendapatan Harian Hospital

  • Perbelajaan Serta Merta Kematian

  • Penyakit Kritikal

PENYERTAAN :

Ahli dan dibuka kepada pasangan & anak-anak

UMUR KELAYAKAN PENYERTAAN :

Ahli/pasangan - 18 tahun hingga 65 tahun (ANB)

- Anak - 30 hari hingga 65 tahun (ANB)

UMUR MATANG : 

Ahli/pasangan - 70 tahun

- Anak - (mengikut umur Pembayar)

TEMPOH EHSAN (GRACE PERIOD)  UNTUK PEMBAYARAN SUMBANGAN : 

30 hari daripada tarikh pembayaran sumbangan

PENYAKIT SEDIA WUJUD :

Tidak dilindungi

TEMPOH MENUNGGU : 

Keilatan Kekal Menyeluruh (6 bulan)

- Penyakit Kritikal (60 hari)

PENAMATAN PERLINDUNGAN : 

Perletakan jawatan, pemberhentian kerja, bersara, bayaran penuh tuntutan manfaat Kematian / Keilatan Kekal Menyeluruh dan  penamatan  perlindungan juga secara automatik akan berkuatkuasa terhadap pasangan dan anak.

OPSYEN MENERUSKAN PERLINDUNGAN : 

Skim juga membenarkan ahli yang meletak jawatan ataupun bersara untuk meneruskan caruman dengan memberi notis awal. Mod bayaran sumbangan hendaklah di tukar kepada bayaran tahunan.

Pelan Takaful Koputra.jpg

36 SENARAI PENYAKIT

  1. Strok/Angin Ahmar

  2. Serangan Jantung

  3. Kegagalan Buah Pinggang

  4. Kanser

  5. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari

  6. Penyakit Arteri Koronari Serius

  7. Angioplasti dan Rawatan Invasif lain Untuk Penyakit Arteri Koronari

  8. Kegagalan Hati Tahap Akhir

  9. Hepatitis Viral Fulminan

  10. Koma

  11. Tumor Otak Benign

  12. Kelumpuhan Anggota

  13. Buta

  14. Pekak

  15. Kelecuran Tahap Ketiga

  16. Jangkitan HIVMelalui Transfusi Darah

  17. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir

  18. Ensefalitispus Nephritis

  19. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang

  20. Hilang Keupayaan Bertutur

  21. Pembedahan Otak

  22. Pembedahan Injap Jantung

  23. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)

  24. Meningitis Bakteria

  25. Trauma Kepala Major

  26. Anemia Aplastik Kronik

  27. Penyakit Neuron Motor

  28. Penyakit Parkinson

  29. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk

  30. Distrofi Otot

  31. Pembedahan Aorta

  32. Sklerosis Multipel

  33. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer

  34. Penyakit Sistik Medular

  35. Kardiomiopati

  36. Lupus Eritematosus

HUBUNGI :

Mohd izzat

izzat@koputra.com.my

 

WAN NURIKQWANI

Nurikqwani.koputra@gmail.com

bottom of page