top of page

Program Sekalung Budi Bersama KOPUTRA

Corporate Social Responsibility (CSR)

Bersama Pelajar Tahfiz Ehsaniyyah

Tarikh         : 1hb Disember 2018 (Sabtu)
Masa          : 9.00 pg – 4.00 petang
Tempat      : Tahfiz Ehsaniyyah, Pasir Panjang Tg Karang, Selangor
Kerjasama : Tahfiz Ehsaniyyah

    Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah mengadakan program Sekalung budi bersama pelajar Tahfiz Ehsaniyyah pada 1hb Disember 2018. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh En.Sazali bin Sajidin, Setiausaha KOPUTRA, Tn. Hj. Saifulzaman Bin Ahmad, Bendahari KOPUTRA, Tn. Hj. Mohammad Sunar Bin Munasir, Ahli Lembaga KOPUTRA dan juga En. Amran Bin Mat Sharif, Pengurus Besar KOPUTRA dan kakitangan pengurusan KOPUTRA.

      Lawatan ini adalah untuk mengadakan perjumpaan dan bertaaruf bersama Ahli Lembaga Pusat Tahfiz Ehsaniyyah serta perbincangan bagi usahasama dalam membangunkan pusat tahfiz Ehsaniyyah.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page