top of page

Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan KOPUTRA dan Bank Muamalat Malaysia dalam Sesi Dialog: Hala Tuju Perniagaan Ar-Rahnu dan Emas Gerakan Koperasi

Pada 9 September 2024 (Isnin), Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah menghadiri "Sesi Dialog: Hala Tuju Perniagaan Ar-Rahnu dan Emas Gerakan Koperasi" anjuran ANGKASA di Auditorium Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor. Sesi dialog ini besar maknanya kepada KOPUTRA kerana pihak ANGKASA dengan penuh dedikasi telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Pihak ANGAKSA akan memberikan suntikan modal serta khidmat nasihat dalam bidang perniagaan Ar-Rahnu dan Emas kepada koperasi di Malaysia. Kerjasama ini direalisasikan melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan KOPUTRA dan Bank Muamalat Malaysia dalam sesi dialog tersebut. KOPUTRA, yang diwakili oleh Pengerusi, Haji Zaharudin Alias juga telah mewujudkan satu kerjasama bersama beberapa koperasi lain dalam menyediakan penawaran perkhidmatan konsultansi bagi menubuhkan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu dan Emas (KO-RAHNU) yang berfungsi dalam membantu koperasi-koperasi yang berminat untuk menjalankan perniagaan Ar-Rahnu dan Emas.

bottom of page