top of page

Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam keatas penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita dapat bertemu lagi pada bulan Ramadhan kali ini. Semoga puasa kita pada tahun ini diterima dan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T supaya kita dapat meneruskan kehidupan seharian sebagai Khalifah di bumi Allah ini dan diberi peluang untuk bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang Insya Allah.

Perginya ramadhan digantikan dengan Syawal sebagai tanda kemenangan kepada umat islam ini kerana ALLAH S.W.T telah menegaskan sebagaimana firmanNYA yang bermaksud; “Dan hendak lah kamu menyempurnakan bilangan puasa pada Bulan Ramadhan dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah apabila berhari raya kerana Allah berikan hidayah kepada mu.” (Surah Al Baqarah : 185)

Dikesempatan ini saya mewakili ALK KOPUTRA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada seluruh Umat Islam Khusus kepada Ahli-Ahli KOPUTRA, dimana hari ini Allah telah menyuruh kita supaya menyambutnya dengan kegembiraan dengan berpakaian baru bersama keluarga.

Saya ingin berpesan di dalam kesibukan menyambut Syawal ini, saya menyeru kepada semua warga KOPUTRA agar bijak berbelanja dan tidak berlebih-lebihan. Sewajarnya Syawal yang bakal menjelma ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Sama-sama lah kita menyemarakkan Hari Raya Aidilfitri ini dengan menziarahi ibubapa, sanak saudara, sahabat handai bagi mengukuhkan silaturahim diantara kita.

Selain dari itu, suka saya mengingatkan kepada semua agar sabar dan berhati-hati ketika memandu. Semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi dan ingat orang tersayang.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Diharapkan ukhwah yang terjalin antara kita akan diperkukuhkan lagi dengan limpahan dan kurniaan-NYA. Semoga syawal ini menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertakwa dan lebih kuat melaksanakan tanggungjawab agama.

Amin YaRabbal ‘Alamin.

Salam hormat daripada kami, Selamat Meyambut Hari Raya AidilFitri

Ikhlas Daripada,

HJ. Zaharuddin Bin Alias
Pengerusi,

Serta ALK dan Staff KOPUTRA.

bottom of page