top of page

DIVIDEN 2022 KOPUTRA

9071505 en amran V4 copy.png

NOTIS PEMBAYARAN DIVIDEN KOPUTRA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

 

Perkara di atas dirujuk.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOPUTRA (MAPT) Ke-37 bertarikh 29 Julai 2023 telah meluluskan cadangan bayaran dividen sebanyak 4% atas Modal Syer dan 2% atas Modal Yuran. Permohonan pembayaran dividen tersebut telah dimajukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk kelulusan pada 17 Ogos 2023. Walaubagaimana pun SKM melalui surat bertarikh 11 September 2023, hanya membenarkan pembayaran dividen pada kadar 1.5% atas Modal Syer dan 1% atas Modal Yuran.

KOPUTRA telah mengemukakan rayuan kepada SKM pada 18 September 2023 agar mengekalkan kadar dividen yang diluluskan oleh MAPT (4% atas Modal Syer dan 2% atas Modal Yuran) dengan justifikasi yang munasabah, khususnya kedudukan aliran tunai yang mencukupi untuk jumlah dividen yang diluluskan.

SKM melalui surat bertarikh 29 September 2023 telah mempertimbangkan permohonan rayuan KOPUTRA tetapi meluluskan pada kadar dividen 2.5% atas Modal Syer dan 1% atas Modal Yuran.

SURAT ISTIHAR DIVIDEN KOPUTRA TAHUN 2022_v2_page-0001.jpg

Notis dan Tuntutan Dividen KOPUTRA bagi Tahun 2022 boleh dituntut secara online melalui sistem SISKOP KOPUTRA (www.koputraonline.com.my/siskop) . Bayaran dividen ini akan dikreditkan secara berperingkat ke akaun bank anggota bermula 20 Oktober 2023 dan tarikh akhir permohonan pengeluaran dividen adalah 20 Disember 2023. Selepas tarikh tutup permohonan, dividen yang tidak dituntut secara automatik akan dipindahkan ke dalam akaun modal yuran anggota.

SURAT ISTIHAR DIVIDEN KOPUTRA TAHUN 2022_v2_page-0002.jpg

Panduan permohonan pengeluaran Dividen 2022 melalui Sistem SISKOP

Klik link di bawah untuk permohonan pengeluaran Dividen 2022

https://www.koputraonline.com.my/siskop/

bottom of page